Wednesday, October 16, 2013

Pembukaan Rasmi Teratak Kasih Hajari ♡ Hasmah

Homestay "Teratak Kasih Hajari ♡ Hasmah" kini dibuka di Felda Semarak Jengka 15 Bandar Jengka Pahang.

Sesuai untuk penginapan ketika kenduri kahwin, menghantar dan melawat anak di UITM, meneroka Gunung Senyum atau bersantai menikmati suasana kampung Felda.

Homestay setingkat 3 bilik. Bilik dilengkapi katil queen (2) dan katil single (1). Setiap bilik, ruang tamu dan dapur mempunyai kipas syiling. Ruang tamu ada TV dan kerusi rehat.

Dapur dilengkapi peti ais, dapur gas, periuk nasi dan teko eletrik, pinggan mangkuk dan peralatan memasak seperti kuali dan periuk.

Jika tiba musim buah buahan anda boleh menikmati rambutan, manggis, langsat, macang dan durian.

Promosi pembukaan RM 100 satu malam. Sila hubungi Fatimah Hanum 012 3221246 atau Umi Norijah 012 6529288 untuk maklumat lanjut.